DISINI
Aku lihat kanak-kanak kelaparan
Mayat bergelimpangan
Derita, sengsara merata-rata
Boom! Boom! Bunyi letupan
merata-rata tempat
Aku Tanya mama,
Apa itu Mama?
Kata Mama
Peperangan sayang
Kenapa Mama
Kerana ada manusia yang tidak kenal erti syukur
Perlukah peperangan Papa?
Tidak perlu sayang
Kata papa
Tapi kenapa masih berperang?
Kerana manusia tidak kenal erti kasih saying
Tidak kenal erti cinta
Mama, Papa,
Di sini kita tak perang, ya ?
Sekarang, ya
Tapi dulu masa Papa kecil
Datuk dan dan nenek susah juga kerana perang
Suatu masa dulu
Jepun menjajah kita
Jepun Papa?
Jepun Naruto kartun tu,
Ye Mama?
Ya sayang
|
Siapa lagi yang jajah kita, Papa?
Orang putih
Orang putih ?
Yang Bahasa Inggeris tu?
Ya sayang
Tapi adik belajar Bahasa Inggeris
Di sekolah
Tak boleh ke Mama?
Boleh
Sekarang semua boleh
Sebab dah aman
Aman?
Tu masih perang kat TV tu
Bagaimana Mama?
Di sini, kita semua tahu
Erti bersyukur
Di sini , kita semua tahu
Erti kasih sayang
Maka di sinilah
Bermulanya sebuah cinta
Cintakan tanah air
Makanya, hidup kita
Aman damai
Kita senang kemana-mana
Terimakasih Mama, Papa
Kerana disini
Adik mengenal erti sebuah cinta
|
No comments:
Post a Comment